Ini adalah update untuk cendawan kecil kami - Izz
balik kampung Raya Aidiladha, kami melawat Zoo Taiping
sebagai orang tempatan (dekat dengan Taiping), dapat diskaun 30% masa beli tiket nak masuk zoo
(tunjuk IC masa nak beli tiket)
Mak Izz sangat excited nak tunjuk binatang dalam zoo tapi Izz lebih excited nak naik tren dalam zoo
Untuk tak melukakan hati Izz, kami beratur panjang dan naik tren mengelilingi zoo 3 kali!
3 kali hokeh!! *pitam
Cendawan kicik yang dah botak...
As part of being a 'mak', I did learn a lot of new things....every single day..
#Always have the Senjata Rahsia yang di simpan dlm handbag.
(That's clearly explain why mak-mak selalunya bawak handbag besaq gedabak)
Bila Izz tak keruan..... Taaaaddddaaaaaaaa!!!
#Layan kan aje....
Pemikiran kanak-kanak kadang-kadang memang terlebih kreatif dari kita.
contoh : VIP Stroller Seat khas untuk tengok Upin & Ipin dalam bilik tido.. Sabo je la nyah...
#Public parenting
Ok, Izz memang sama macam mak kalau bab excited dapat benda baru.
Contoh : Meniarap atas lantai lepas dapat sticker Sponge Bob, and ni bukan di tempat tersorok, tapi betul2 depan kaunter nak buat payment kat Maxis. *mak buat-buat pengsan
#A good helper
Nampaknya every week mak dah ada teman nak pegi pasar malam selain abah Izz.
# Cepat kenal benda
Antara benda yang paling mak Izz rasa seram bila nampak, ialah...Peti Aiskrim..
sebatu lagi peti ice cream tu kat kedai, Izz dah menggelupur tarik tangan mak...
Yang sadis nye....jangan mimpi la nak kongsi ice cream tu dengan Izz.....
hanya mampu menjilat sisa-sisa ice cream yg melekat di kertas pembalut....
*lap hingus meleleh...sob..sob
Taaaaadaaaaaaa!! Senjata Rahsia datang lagi!
This picture dedicated khas utk Pakcik Herol
Mekasih daun keladi untuk Voucher Ultra Racing hasil dari perjuangan race aritu
Kami dah selamat claim dan gambar ni khas utk tatapan serta menyuntik semangat Pakcik Herol utk menang banyak voucher lagi lepas ni... Chaiiyook! *kenyit mata tersipu malu
# Bonding time
bonding time bukan setakat pelok Izz masa tidur, tapi jugak dengan mencari aktiviti luar yang jimat dan fun. Ingat key words yg penting -Jimat..haha!
(Teman mak window shopping jugak termasuk kategori ni)
Ntah apa agaknya dalam fikiran ni masa ni, banyak sangat tengok tv ke?
Last year ada gambar anak dan abah di tempat yg sama, mainan yg sama, cuma saiz masa saja yang berbeza
Klik sini
Untuk tatapan nenek, ni gambar paling fresh...malam tadi....Cendawan nenek dah tumbuh rambut dengan pantasnya...
Kedai Gunting Kim Ai, nantikan kepulangan kami nanti......




















No comments:
Post a Comment