Friday, May 04, 2012

Abah Kami



ini abah kami
Md Yusof Bin Hj Idris
senang di panggil cik usop, usop klinik, usop bengkel, usop jalan banjar
gambar ni di ambil 13 disember 2008, masa hari kenduri perkahwinan kami

semakin sibuk anak abah ni
kami semakin lupa yang umur abah makin bertambah
tapi abah tetap sekuat dulu
kerja siang malam utk kami
walaupun kami dah besar
abah tetap hulurkan duit belanja, sama macam masa kami masih belajar dulu

tiap kali balik kampung
abah mesti nak beli ikan siakap atau tomyam febret kami
abah akan ajak makan ramai
ketuk pintu bilik abang dengan adik, suruh keluar supaya kami dapat makan sama
itulah abah kami

abah kami yang perlahan-lahan membina sendiri rumah yg sangat selesa utk kami
dengan kudrat empat kerat
abah yang semakin kurus tak pernah langsung mengeluh macam mana nak cari duit
nak bina sebuah rumah utk keluarganya

abah kami
yang gigih 'menggosok' duit utk cari duit tambahan
untuk keluarga
abah kami yang kerja siang malam, sampai ke hujung minggu untuk kami
abah kami yang sentiasa ada bila kami memerlukan
bila kami ada masalah dengan sekolah, masalah dengan cikgu, masalah dengan kawan,
masalah duit, pelajaran
abah kami sentiasa ada untuk kami

masa kami sekolah rendah dulu
abah kami tak pernah sekalipun tak datang sign report card
abah akan gilir-gilir dengan mak
sampai lah ke sekolah menengah
sampai kawan-kwan pun kenal abah kami
sebab abah kami akan pakai uniform kelabu

abah kami akan melawat kami bila kami duduk di asrama
masa di kuala kangsar
abah dan mak akan datang dua minggu sekali
masa di taiping
abah kami datang setiap minggu
dan kadang-kadang abah kami datang masa bukan waktu melawat
dan curi-curi bawak kami keluar makan mi kari kerang kat luar asrama

masa kami nak kawen
kami cakap kat abah kami
kami bawak boifren kami mai rumah masa hari raya
abah kami bagi hint 'kawan jgn lama-lama'
abah kami memang sporting

masa kami nikah kat masjid
kami tgk gambar abah yang kawan kami tangkap
kami rasa sebak bila tgk gambar abah
sebab masa dalam masjid dulu
kami duduk jauh dari abah
tak nampak abah dan tak tau apa perasaan abah masa tu

bila kami dah ada anak
baru kami tau macam mana perasaan abah dan mak kami
tapi kami terkilan
sebab kami tak dapat jadi macam mak dan abah kami

kami tak dapat bagi duit kat mak abah kami
kami tak dapat balik kampung selalu
kami cepat marah dan cepat terasa hati
kami tak kuat semangat macam mak dan abah kami....

tapi satu perkara yang kami pasti sangat-sangat

kami sayang sangat kat mak dan abah kami
dan setiap saat kami ingatkan mak abah kami.....


6 hari lagi harijadi abah kami
10 mei 2012
kami minta maaf tak dapat balik kampung makan-makan dengan abah dan mak
yang pastinya, kami akan telefon dan sms abah macam selalu

semoga abah di panjangkan umur, sihat tubuh badan, dan gembira selalu dengan mak kat kampung.
nanti bulan enam ni dayah balik kampung ye...

sayang abah dan mak!
dayah

No comments: