Wednesday, April 20, 2011

rezeki

rezeki kita sudah Allah tentukan...
setiap yang jadi pasti ada hikmahnya..

meskipun awak degree holder
meskipun awak grad dengan CGPA 3.5 above
meskipun awak dapat dean list
bilamana rezeki awak disini, sebagai kerani, terimalah seadanya...

bukak mata, tengoklah sekeliling
takperlu pergi jauh
cuba amati pemadangan bila awak nak pergi kerja
makcik yang jual kuih tepi jalan
pakcik yang kerja angkat sampah
uncle security guard bawah rumah
dengan kudrat yang masih ada, diorang tetap kerja dengan sepenuh hati

apalah sangat nak dibandingkan dengan awak
yang tak perlu bersesak naik bas pagi-pagi
tak perlu berpeluh berhimpit atau berjalan kaki
kerja awak dalam aircond
kerja awak bukan sesibuk mana

bersyukurlah...
ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara
lapang sebelum sempit...

jangan mengeluh kerana gaji awak begitu
jangan mengeluh kerana jawatan awak itu
jangan mengeluh kerana tak dapat membantu ibu bapa..
selagi awak tidak menyusahkan sesiapa...bersyukurlah...

bersyukurlah dayah....

*mak, dayah mintak maaf sebab tak dapat tolong mak dengan abah walaupun dah besar macam ni...
jawapan seorang ibu..'takpe, izz lagi penting'

antara anak dan kerjaya....mana yang perlu di dahulukan....
usia makin bertambah, tak pernah berkurang walau sehari, seminit....
izz sayang...mak harap pengorbanan mak ini ada hikmah di sebaliknya....

No comments: