cerita lama
niat kami nak bawak izz tengok binatang akhirnya tercapai dengan kupon Mines dulu
mak izz baru jumpa gambar, ni baru la nak upload...
layan.....
izz yang letih, tido dalam kereta
disebabkan tarikh expired kupon dah dekat, barisan orang beratur sangat panjang...
abah izz beratur sambil mak tenteramkan izz yang nak naik turun tangga
lepas dapat tiket semua, kami isi perut siap-siap
(dengan kupon jugak, jimat kan? hehe)
sementara tunggu rumah bintang bukak, bagi izz main dulu
nak masuk animal world ni, kena lalu entrance Mines Wonderland
gambar anak dan abah yang tgh pikir betul ke masuk ikut sini?
gambar mak? mak mengah nak oi...kome jalan la dulu..
mak rehatkan kaki sambil abah bawak izz ke aktiviti suai kenal dengan binatang
ini kambing gurun (rasanya..hehe) tapi izz tak minat pun
izz agak takut dengan burung kakak tua merah ni sebab burung ni macam nak gigit tangan
izz pulak yang suci murni pegi letak jari kat mulut burung tu....
haa.....tau pun takot...kuikui
kami nak bot pusing-pusing..
abah izz : 'mak! izz nak ambik gambar kat harimau ni'
mak izz : ye ke? izz tak cakap apa pun
bukti menunjukan abah izz yang nak ambik gambar dengan harimau sebenarnya...ohh......
misi mencari harimau
Animal World ni pernah terkenal dengan harimau putih
tapi dah takde harimau nye...
tinggal sekor je...
jumpa monyet yang macam ganas...
kesian harimau ni
baik tutup je tempat harimau ni dan hantar pegi zoo
tak bersosial harimau ni
mesti tengah boring, takde kawan, tempat pun terhad
pusing-pusing kat situ jugak..
naik bot untuk kesekian kalinya...
sekian lawatan kami
tapi rasanya izz lagi suka tengok kucing depan rumah nenek dari tengok binatang kat sini
yang izz suka?? berjalan, berlari, main tangga
nasib baik la mak pakai Rexona...
NO SWEAT!!!
No comments:
Post a Comment