aktiviti paling mak izz suka!
Dating!!..yeayyy!! kami ke Mines (lagi...)
niat hati nak tengok binatang kat Animal Zoo Mines
tapi rupanya setiap isnin animal zoo tak bukak.(kami dating dengan izz lepas balik koje, nak seribu daya kan?hehe..time nih la baru apply 'nak seribu daya tu yer')
cuti nak bagi harimau mandi agaknya..eh, takkan harimau mandi seminggu sekali?
di sebabkan izz dah ternampak toys yang makan duit ni, maka....seperti biasalah...seround dua dulu yer
| abah izz dengan video izz.... |
sebab dah tak lalu nak exercise kaki dalam mines, abah izz ajak..diulang..
abah izz yang ajak yer...
ajak mak izz tengok Hikayat Merong Mahawangsa.... oh!! kan izz ada sekali?
so maknanya.... izz akan tengok wayang sekali!! yeayyy lagi sekali!
kami ke Jusco Balakong sebab movie yang paling awal boleh kami tengok ialah 9.00malam...
(mak izz dah garu kepala...)
sebelum tgk wayang, dah macam-macam perkara pikir dalam kepala mak izz ni,
siap suruh abah izz tanya kat orang kaunter tiket
'budak setahun setengah boleh masuk ke?'
pastu Hikayat Merong tu kan 13PL, mak izz cakap kat abah,
'nih 13tahun jer boleh tengok ni..'
rupanya abah izz kata, kalo di bawah 'pengawasan' ibu bapa/ penjaga..tak apa...
oh...macam-macam lagi mak izz pikir dan serabutkan abah..
last sekali ucapan mak izz ialah: 'bang, kalo izz takmau duduk diam, syg bawak dia keluar jalan2 jer..abg tgk sorang yer'....
dilema si ibu yang risaukan anaknya di dalam panggung, dan dilema si isteri nak temankan suami tengok movie yang tiap kali keluar iklan kat TV mesti sebut 'abg nak tengok la cerita ni...' ...hehe
bagi perut kenyang-kenyang dulu seblum santapan mata
| seliper dah tertanggal sebab izz kegembiraan abah bawak tgk wayang |
rupanya memang lah betui kata org, mak-mak nih memang banyak pikirnya...dari mula iklan wayang sampai la cerita abis......
izz sangat aman, tenteram, bahagia, dan gembira di dalam panggung wayang..!
siap tepuk-tangan lagi bila rasa gembira...
oh anakku...awak memang hebat!
ibu-ibu, sila tanamkan rasa kagum dengan pencapaian anak anda yer...
untuk nenek dan tokwan, jangan risau yer..izz baik-baik aje..
abah izz kata nanti nak teman izz tengok cerita cartoon pulak sebab izz dah teman abah tengok movie yang abah nak tengok...
tiket pertama izz...
abah reserve satu seat untuk izz supaya izz selesa..
bila abah & izz gembira...mak 1000000kali happy!
No comments:
Post a Comment