Cerita bilik air..
bakal bilik air tersayang kami akan tidak berpintu selama lebih 2 minggu
inilah akibatnya apabila kita bergantung pada mereka yang menyambut cuti raya selama lebih 2 minggu...
untuk santapan mata, inilah bayang-bayang rupa pintu bilik air kami...
jika kalian sempat bertandang ke rumah kami sementara ia masih berpintukan kain langsir, cadar, atau apa-apa yang sempat kami sangkut, pesanan tuan rumah ialah :
Sila bayangkan gambar-gambar di bawah....
pintu kami tak ada di senarai bawah, untuk menimbulkan mood saspen kepada nenek, tokwan, cikda, along, kewol , dan paksu...
![]() |
| pintu bunga untuk rasa bunga-bunga cinta bahagia |
![]() |
| pintu ni kalau bilik budak kan best.. |
![]() |
| ni mak budak pun minat, tapi abah budak tak minat, lari konsep |
![]() |
| khas untuk mereka yang ingin rasa macam mandi bersama ikan dolphin di laut |
![]() |
| pintu ni sesuai sgt dengan mereka yang pinky lady |
![]() |
| bila keluar ikut pintu ni, tak jadi nak marah sebab rasa sejuk-sejuk hati... |
design yang cantik dari jenis fibreglass ni bukan saja boleh di letak sebagai pintu tandas, malah boleh juga jadi pintu bilik, cabinet, tingkap, dan termasuk pintu jiran sebelah
bila nak pilih, pastikan betul-betul di mana nak letak kerana kalo ianya pintu tandas, anda pasti tak mau mendengar suara orang ketawa di luar bilik air semasa anda sedang mandi kan??
harga pintu ni bergantung jugak..
kalau ikutkan sekitar Bangi-Kajang nih, beberapa kedai yang kami survey harganya sekitar RM380-RM400.
Kami yang agak-agak bertuah nih dapat harga yang menarik iaitu RM360 untuk sebuah pintu (tu pun sebab ambil 2 pintu bilik air...).
Kedai nya? banyak...boleh tanya kami kalau nak tau kedai yang kami beli atau ke mana-mana distributor untuk
tapi di sebabkan company ni bagi cuti raya yang panjang untuk pekerjanya, tandas kami hanya akan berpintu pada 14-Januari-2011...
sabo je lah..untuk pintu idaman kalbu....







No comments:
Post a Comment