Wednesday, December 01, 2010

Soflan atau Downy?


saya baru balik dari Tesco
ke pej pos Tesco bayar bil-bil, dan masuk kejab nak beli fabric softener
patut lah bila beli barang ambik masa yang lama, saya terpaku kat aisle fabric softener yang bermacam-macam jenis
pening nak buat keputusan walaupun hanya nak beli sebotol

Soflan 3L  = RM 7.59
Downy 1L = RM 9.90


tapi downy katanya 4 kali lebih cucian, tahan sampai 2 bulan, dan guna separuh pun dah cukup
(kalo guna brand lain pun, saya takdelah guna satu penutup penuh..pening hoh baunya!)
ohh......tolak tambah bahagi darab....lepas 15-20 minit,
saya ambik lah yang berbaloi pada pandangan mata saya...
besar lebih tahan lama....(nak sedapkan hati jer)
Soflan 3L  = RM 7.59!
yesss!! kali ni saya tak terpengaruh dengan kak lina!! (suami liza suka makan pedas, liza nak belajar sambal kak lina lah...)


Ok..sebenarnya bukan nak cerita pasal Soflan, Downy atau cili api lebih pedas berbanding cili biasa (satu ni dah buleh buat telinga berhasap!)
ni semua pasal PILIHAN
Kita sedar atau tak, tiap-tiap hari, tiap saat kita kena buat pilihan
tak kiralah pilihan yang kecik, ataupun besaq
tak caye?
kita kena buat pilihan; nak bangun atau nak sambung tidoq, nak berus gigi ke takmau (uweeek!), nak naik apa pi keja, makan apa, nak kutip sampah tepi kaki atau tak, dan macam-macam lagi yang tak tersenarai

pilihan dan keputusan yang besaq : kita jugak kena buat pilihan samada nak berkahwin ataupun tak

iklan kejab
dah kawen jer buleh ambik gambaq macam nih hokeh..
yang belum : buleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang
macam mana nak tau kita dah sedia nak kawen ke belum?
oh...saya takde jawapannya...
tapi abah izz pernah kata 
selagi kita tak kawen, kita taktau lah kita dah sedia ke tak....
(menjawap pertanyaan saya yang masa tu asyik risau samada dah bersedia ke belum..cerita lama...dulu kiran....)

perumpaan saya senang je,
macam kita nak masuk dewan exam, mungkin kita rasa kita dah sedia dan yakin abis sebab kita dah study maut 2 minggu tak tidoq
tup-tup bila masuk dewan, kita tak dapat jawap solan dengan baik..dan mungkin akan dapat markah cukup-cukup makan, atau gagal...

dan mungkin kita dah study semampu yang boleh, dan masuk dewan exam dengan usaha dan doa, dan tawakal dengan result yang akan kita dapat
tup-tup, alhamdulillah kita dapat jawap dengan lancar dan lulus dengan cemerlang....


yakinlah dengan keputusan dan pilihan yang kita buat
tak apa kalau kita tersalah, yang penting, kita mesti pulihkan baik keadaan
dan belajar dengan kesalahan dulu
okey!!


*saya akan cuba pastikan soflan saya tahan lebih dari 2 bulan!! (mokcik takmau kalah !)


2 comments:

nasaoji said...

bab membeli groceries, memang tak buat pembandingan...sb ai pinor mata..tapi, kerap beli barang yg sama.. ;) nak ke baru, macam tak jadi..

betui kata2 abah izz itu.. ;)

Hidayati Yusof said...

itulah..tapi aku nih suka beli dua tiga jenis yang lebih kurang..
rasa nak bukak bisnes groceries la pulak