Friday, October 22, 2010

Putrajaya...hampa?

pukul 2.30ptg tadi, sy bertolak ke putrajaya.
ke MOF (Ministry of Finance) atas urusan opis.
pegi putrajaya pun sesat lagi...dah set meter utk buat mileage claim.
masa pegi = sesat 34km, masa balik tak sesat  = 25km.
berapa jauh sy berpusing2 kat putrajaya? buatlah kiraan matematik yer...
Putrajaya?? erm... nape lah signboard tu tak jelas..
pastu kat simpang nak masuk bangunan ,
ada pulak signboard kecik yang panjang tulis berderet2 nama jabatan
sempatkah nak baca sambil drive (kalo ada org kat seblah, lain cerita)
tapi still kena slowkan kereta sambil cuba tangkap apa yg ditulis kecik2 tu
dah pusing2 berapa kali tak ingat, masuk keluar simpang itu ini,
sampai jugak sy kat land mark yg bos bg...
dataran putrajaya, susah sgt nk cari
padahal masa studi dulu, putrajaya tu dah macam kat sebelah jer
seminggu berkali-kali pegi..
dah nak jadi cerita..
sampai jer kat bangunan mof, nak cari parking satu hal
semua no parking
pastu parking basement 'bukan untuk pelawat'
last2 saya park kereta di celah2 kon merah MOF
masuk jer, encik kat depan tu kata 'ambik nombor'
saya pun ambik la nombor
tunggu sekejab, nombor naik, sy ke kaunter
cik adik or cik puan yg comel tanya nk buat apa
dgn sopan sy ckp ' nak bayar......'
pastu cik adik tu cakap, 'nak bayar, amik nombor untuk bayar, kenapa ambil nombor nak hantar dokumen?'
pelik...tadi kat mesin nombor takde pulak butan untuk bayaran..
pastu sy pun pegi amik nombor sekali lagi
sunggoh! tak nampak butang 'Bayaran'
sampai akak yg tunggu kat mesin tu tunjuk, baru sy nampak
lerrr....kalo dah rupa tu, mana nak perasan
*sila ke sana utk tgk rupa mesin nombor tu. mungkin sy jer yg tak perasan butang tu??

ambik nombor baru, ke kaunter sekali lagi, pok pek pok pek..siap..
sempat melilau mata
muka semua tak friendly
( bukan muka sebenarnya..air muka tak peramah. muka adalah anugerah Allah, Subhanallah)
bangga sgt ke kerja kat situ? dah la sejuk ngan aircond, kipas pun pasang..
membazir sungguh..
tak tgk Bersamamu ker? ramai lg org susah kat luar tu

hati sgt panas..singgah masjid Putrajaya nk solat
ramainya pelawat
melawat amik gambar

masa di Putrajaya, saya macam tersentak
barulah sy faham kenapa susah sgt sy nak dapat koje gomen
sy mengeluh selalu pada encik suami
'kenapa org lain senang jer dapat keja Putrajaya, kenapa sy susah?'
'kan senang kalo dapat koje putrajaya, umah ada, semua kemudahan ada'

Subhanallah...
sy selalu cakap, rezeki masing2..utk sedapkan hati dan berfikiran positif
ada hikmahnya...kenapa sy belum dapat rezeki di Putrajaya
*macam mana sy nak guide saudara yg nak dtg ke umah yang bangunan nya sgt byk di Putrajaya?
 bangunan umah bertingkat2
*sy sendiri pun kaki sesat
*mungkin sy pun akan jadi air muka tak friendly macam cik adik dan cik abg sana?
*nape tepi jalan takde stesen minyak? sgt penting org yg minyak dah nak abis dan berpusing banyak kali di sana
*bangga sgt kah kerja di sana? yg mana pelanggan macam kena merayu nk mintak tolong itu ini?

Ya Allah...syukur saya di sini
sampai di ofis untuk taip luahan ni..
saya sedih dgn setengah orang yang sgt bangga di sana
perlu kah?
rezeki masing2 kan...
alhamdulillah dgn apa yg sy ada....
setiap yg jadi, Allah dah tentukan untuk kita....

1 comment:

nasaoji said...

macam2 peel beb..

kompem dia tak amik kira "etika di kaunter"...