Wednesday, October 06, 2010

Birthday bos + Izz pagi ini

malam tadi kami bertiga ke Uncle Na Cafe. tak jauh, cuma sebaris dgn bangunan ofis saya. isteri bos buat surprise birthday utk husbandnya (bos)
memula taknak g memandangkan : hari malam + suami bekerja lewat + ptg tu hujan + sy dah beli udang nak masak..hehe
tapi bila isteri bos kata mai la..nanti dia takde kawan+ memeriahkan majlis, saya pun mai la..
heheh(alasan takmau masak kah??)
husband pun balik awal sikit
izz macam biasa, sejak pandai berjalan, kasut mesti spare satu dalam kereta
sementara tunggu diorg sampai, izz dah abis round satu kedai tu
naik turun tangga, tolak kerusi, panjat saya, dan lain-lain lagi aktiviti bebasnya..
padahal mata dah lip lap lip lap nak terlena dalam kereta tadi...
oh anakku....

inilah bos saya, isteri boss, dan baby raiyan eiman
kami dan hero
beza umur kami cuma setahun, tapi napekah nampak saya lebih 'matang'??? 
sila jgn jawap, nanti saya kecik hati. hehehe...

izz dan abah, yang setia menemani mak sehingga ke akhir rancangan
sayang kome.....



gambar izz pagi ni.
sekarang nih izz rajin bangun pagi
bila saya bangun pagi, izz akan bangun dan naik atas katil untuk baring dgn abah dia
then dia akan keluar bilik untuk buat senaman jalan kaki satu rumah + kemas barang mainan + jalan-jalan dalam umah ikut mak 
yang paling best, saya ada izz sebagai assistant..untuk apa?
mak :"izz...kejutkan abah bangun..." sambil bukak pintu bilik, 
dan izz akan menjalankan kewajipan mengejutkan abah...
"ehhhh...arhh..eekkk..eeekkk........" dalam bahasa izz, mungkin berbunyi
"abah, bangun...mak dah bebel..."
izz akan tolong saya panjat tilam dan katil yang dah di kemas, dan akan jadi orang yang paling sibuk dalam rumah tiap-tiap pagi...

sayang izz......

izz bersin




No comments: