Teringat nak share pengalaman menyusukan Muhammad Izz Dasuki...
pengalaman saje yer..gambo tak ada..hehe..
alhamdulilah izz exclusively BF (breast feed) selama 6 bulan
genap 7 bulan, saya mula bekerja selepas cuti tanpa gaji (berhenti keja) semasa melahirkan izz..
apa saja utk izz...
masa mula2 bekerja, tiap kali lunch break, saya akan balik umah mak mertua yang menjaga izz untuk
bagi susu yang di pam waktu kat opis tadi. kalo izz tak tido, saya akan direct susukan dia..
izz tak mau susu botol...
saya sampai menagis merayu2 izz minum menggunakan botol (susu ibu yang di pam)
sekarang izz dah setahun, dah pandai makan macam2
dah pandai minum susu bootol, dan kadang2 masih mahu susu badan
tapi yang sedihnya susu dah kurang, bukan izz tak mau, tapi sejak bulan puasa aritu, saya tak balik time lunch break utk susukan izz
no demand no supply
dah 2 minggu izz kurang BF,
minggu pertama, masa balik beraya kat kampung, izz dah mula sembelit (sebab tukar susu utk setahun ke atas)
rupanya nak tukar susu pun kena berperingkat-peringkat
mana la cek tau..huhu
kena tambahkan info lagi nih
niat di hati nak giat tambahkan supply balik.
mak kat kampung dah bagi vitamin, tapi anak mak kat kajang nih asik skip2 makan vitamin
kuatkan semangat hidayati!!!!
saya dah cuba bagi yang terbaik utk izz..
utk adik-adik izz yang akan datang (InsyaAllah), saya dah pasang niat utk dapatkan yang terbaik utk mereka...
tak pernah saya menyesal kerana berhenti kerja selepas melahirkan izz..
walaupun byk pengorbanan yang di lalui...
barulah saya faham kenapa 'Syurga itu di bawah telapak kaki ibu'
utk kawan2 yang masih bujang, masa inilah utk anda belajar dan tambahkan ilmu...
utk kwn2 yang dah jadi mak-mak...semoga kita dapat membesarkan anak-anak kita dengan sebaik yg kita mampu...amin.....
izz bayi susu ibu
sihat alhamdulillah...
01-oct-2009
pintar dan tak banyak ragam
04-sept-2010

No comments:
Post a Comment